Saturday, July 5, 2008

Klimak Atau Kepuasan Seorang Wanita. Bertali-tali Atau Berturut-turut?

Klimak Atau Kepuasan Seorang Wanita. Bertali-tali Atau Berturut-turut?

Banyak kekeliruan timbul, tentang bagaimana kepuasan wanita (orgasm) atau klimak itu berlaku. Oleh kerana anzal (orgasm) itu datang dalam gelombang denyutan pada faraj wanita sehinggakan wanita itu sendiri tidak dapat membezakan antara kepuasan yang bertali-tali (multiple orgasm) ataupun yang berturut-turut (sequential orgasm).

Secara umum anzal atau klimak yang datang secara bertali-tali adalah anzal (orgasm) yang datang berterusan antara satu sama lain. Wanita yang anzal sebegini akan kelihatan tidak berada dibumi nyata dan lama untuk sedar. Apabila wanita ini dipuncak dan puas, dia akan terus tidur kepenatan.

Anzal yang berturut-turut pula adalah anzal atau orgasm yang datang antara satu sama lain dalam jangka masa yang berjarak. Tempoh mungkin dalam berapa saat atau seminit dua. Wanita sebegini akan puas sekali dan sedar semula dan dengan tiba-tiba akan puas sekali lagi dalam minit yang kemudiannya.

Wanita yang memdapat kepuasan bertali-tali sepenuhnya adalah jarang berlaku, namun setiap wanita mampu untuk mempunyai anzal yang berturut-turut.

Ramai wanita mampu mendapat anzal yang lebih daripada sekali jika permulaan hubungan seks adalah dalam suasana yang tenang dan selesa dan wanita itu diberahikan dengan belaian lembut dan romantik. Dalam keadaan berahi apabila kelentitnya dibelai sebaiknya, kepuasan dan klimak yang datang akan berkali-kali, mungkin dua tiga atau enam kepuasan sebelum wanita itu betul-betul puas.

Berbanding pula dengan lelaki yang mampu puas sekali dengan pancutan air mani, dalam masa pendek wanita mampu mendapat lebih daripada itu jika keadaan dan cara yang sesuai.

Wanita tidak perlulah merasa risau. Menurut satu kajian tentang anzal atau orgasm wanita. Orgasm yang sekali sudah cukup bagi 90 peratus wanita yang diselidik. Adalah satu perkara normal jika wanita hanya mampu puas sekali sahaja dan jika mendapat lebih anggapkan ia sebagai bonus.

Ingin diingatkan, kelentit akan menjadi terlalu sensitif (geli) selepas wanita anzal dan ia boleh menyakitkan. Jika pasangan wanita berminat untuk memberikan lebih, jangan paksa dirinya. Mendapat lebih daripada satu kepuasan memerlukan keadaan yang sesuai dan wanita perlu dalam keadaan sedia. Tidak perlu paksa diri wanita itu. Jika wanita itu nyatakan sudah cukup maka berikan belaian kasih sayang dan cinta anda.

Cara yang terbaik adalah dengan membuat wanita rasa selesa sebelum hubungan seks. Tempat yang tenang dan selesa dan lakukan belaian awal dan ciuman yang memberahikan kepada wanita. Rasa berahi wanita datang daripada belaian lembut dan layan istimewa akan membantunya mencapai klimak atau orgasm.

Padah Apabila Meludah ke Langit

Meludah ke langit akhirnya air liur ludahan itu terpercik ke muka sendiri. Itulah yang boleh digambarkan dengan Kerajaan PAS kelantan sekarang. Beberapa hari yang lalu Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan menyiasat Air Kelantan Sdn. bhd. (AKSB) kerana berkemungkinan ada penyelewengan yang berlaku dalam beberapa projek-projek AKSB. Kalau ini berlaku kepada Barisan Nasional mahupun UMNO habis seluruh negara dia canangkan di pentas-pentas ragut duit rakyat dengan hanya mendengar ceramah-ceramah daripada Penceramah-Penceramah tersohor PAS. Pada ceramah itu mereka canangkan bermacam-macam tuduhan liar dan tidak berasas salah satunya ialah mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO mengamalkan rasuah, kini apa yang mereka ludah ke langit telah kembali ke muka mereka apabila BPR menyiasat mereka. Memang betul baru siasat tetapi kata orang "kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang".

Sudah tentu pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sudah mulai resah gelisah terutamanya PAS kelantan. Beberapa ceramah-ceramah politik yang dianjurkan semakin merosot bilangan pengunjungnya berbanding beberapa tahun yang lalu. Mungkin juga rakyat kelantan sudah mulai bosan dan jijik dengan PAS. Dalam masa yang sama PAS memasang strategi dengan membuat isu pengundi hantu dan menggunakan akhbar-akhbar yang pro kepadanya untuk menyebarkan dakyah-dakyah parti itu sepertimana yang disiarkan dalam akhbar Siasah yang memaparkan gambar pendatang burma di Jabatan Pendaftaran Negara dan akhbar tersebut juga menggunakan tajuk Apa Warga Burma buat di JPN seolah-olah mengambarkan Warga Burma itu akan menjadi pengundi hantu pada pilihanraya umum akan datang. Pada pandangan penulis mereka datang urusan lain ataupun dibawa oleh PAS sendiri untuk bergambar dan membuat isu pengundi hantu, bagi penulis tidak mustahil itu berlaku kerana politik ni banyak taktik rakyat yang mudah terpedaya dengan dakyah PAS akan terima bulat-bulat tanpa berfikir panjang dan terus menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Inilah yang dikatakan 'tak tahu menari disalahkan tanah tu tinggi dan rendah'.

Penulis masih ingat semasa penulis ingin mengadakan program bersama anak yatim, penulis melalui sahabat penulis yang juga ahli jawatankuasa program ini telah memohon derma daripada salah sebuah agensi Kerajaan negeri Kelantan, pada mulanya permohonan kami ditolak. Hasil perbincangan dengan pegawai agensi tersebut, pegawai tersebut meminta kami belanja makan dan memberi sedikit wang saguhati kepadanya. Pada mulanya kami menolak kerana penulis tidak mahu unsur-unsur rasuah dalam program seperti ini tetapi apabila dimaklumkan yang duit untuk menganjurkan program itu masih banyak yang tidak cukup tetapi program itu akan berjalankan 2 hari lagi maka nak tak nak terpaksalah kami menerima tawaran tersebut. Begitulah kisah nak dapat derma untuk anak yatim kena rasuah Islam apa ni? Sah ini bukan Islam ini Is selam.

Ok berjumpa lagi dalam episod akan datang.

AMAT PENTING:Kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy) dan kelemahan sistem perundangan : Implikasi terhadap masa depan Islam & Melayu di Malaysia

Muqaddimah

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).* (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" * (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.


Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Singapura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka.

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Apa pendirian kita?

Latar belakang

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.

Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Azlina Jailani @ Lina Joy?

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-Mei-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

Fakta kes

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.

Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-September-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

Implikasi dan definisi 'Individu'

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya.

Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak releven.

Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

Semua badan-badan Islam tidak releven lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

Mengapa kes Lina Joy?

Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah di’marketing’kan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imagination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

http://www.becketfund.com/, http://www.malaysianbar.org.my/, http://www.bernama.com.my/ menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan ‘paper & kes study’ yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member.

Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…

Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

"…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”

Tindakan segera

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…

Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, http://www.peguampembelaislam.com/ atau http://www.peguampembelaislam.org/, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;

Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.

Semua dijemput hadir Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langsung tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dikumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.

Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.com peguampembelaislam@yahoogroups.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Penutup

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

Fikir & bertindak. Wassalam. –